Menurut Iman al-Qurtubi dalam kitab al-Tazkirah,warna hijau menjadi pilihan kerana sangat lembut dipandang mata.Warna putih sangat menyilaukan mata dan warna hitam sangat gelap.Warna hijau berada antara putih dan hitam serta warna ini menghimpunkan cahaya.
Warna hijau juga memberi kesan psikologi yang sangat mendalam.Iman Mahmud bin Abdillah al-Alusi menulis dalam tafsirnya:
"Warna hijau ialah warna yang paling indah.
Hati berasa gembira setiap kali melihatnya melebihi warna-warna yang lain"
Ucapan pakar tafsir ini mendapat sokongan daripada para pengkaji moden.Warna hijau mencerminkan ketenangan,kedamaian dan kebahagian.Jika seorang pesakit melihat warna hijau,hatinya akan dipenuhi dengan rasa optimistik.Kerana itulah warna hijau dipakai oleh pakar bedah di dalam bilik pembedahan.
Warna hijau juga melambangkan kepuasan dan kebanggaan dan kekuasaan.Menurut Imam Ibn Ashur,warna hijau menjadi pilihan raja-raja zaman dahulu apabila syurga dipenuhi warna ini,seolah-olah melambangkan kepuasan yang sangat sempurna dihati ahlinya.
Sumber:Solusi Isu No 38.
Sumber:Solusi Isu No 38.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan